TMST2020 berlangsung dengan normal baharu

Penganjuran semula TMST2020 di Pantai Lumut Waterfront pada 27 Disember depan akan melibatkan SOP disediakan pihak berkuasa. (Gambar kecil: Dr Ammar)
Penganjuran semula TMST2020 di Pantai Lumut Waterfront pada 27 Disember depan akan melibatkan SOP disediakan pihak berkuasa. (Gambar kecil: Dr Ammar)
A
A
A

MANJUNG - Penganjuran semula Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 (TMST2020) yang tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 27 Disember ini akan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Bertempat di Pantai Lumut Waterfront di sini, TMST2020 mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, acara itu adalah siri ketiga daripada lima acara yang dirancang tahun ini.

“Acara ini ditangguhkan tiga kali akibat Covid-19. Pada awalnya, siri ketiga ini dirancang di Pahang tetapi dibatalkan akibat peningkatan kes positif. Selepas itu, acara ini dijadualkan di Kuala Terengganu dan Kuala Selangor, namun kedua-duanya juga dibatalkan akibat Covid-19.

“Penganjur juga menyediakan SOP ketat termasuk menetapkan penjarakkan fizikal 1.5 meter dengan meletakkan pancang khas di kawasan memancing dan penggunaan 30 anggota Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia),’’ katanya.

Beliau berkata, dua kawasan pantai sepanjang 1.7 kilometer akan dibuka iaitu Pantai Lumut Waterfront (950 meter) dan Pantai Hotel Orient Star (750 meter) sepanjang pertandingan ini berlangsung bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

TMST2020 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan hampir RM70,500 dengan juara akan membawa pulang RM30,000 diikuti naib juara RM10,000 dan tempat ketiga RM5,000 manakala pemenang keempat hingga ke-80 akan menerima hadiah wang tunai dan hadiah iringan.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung penganjur di talian 012-2141401, 019-6203040 dan 012-6823479.

Artikel Berkaitan: