Dulu kritik, kini ahli politik Belanda peluk Islam

Joram Van Klaveren
Joram Van Klaveren
A
A
A

AMSTERDAM - NETHERLANDS. [DIKEMASKINI] Bekas anggota parti berhaluan kanan pimpinan ahli politik anti-Islam, Geert Wilder di Belanda telah memeluk agama Islam.

Menurut Joram Van Klaveren, beliau memperoleh hidayah ketika menulis buku tentang Islam.

"Ia telah mengubah pandangan saya terhadap Islam," kata bekas anggota Parti Bebas (PVV) itu.

Selepas keluar dari PVV, Van Klaveren menubuhkan partinya sendiri, namun gagal memenangi kerusi pada pilihan raya umum 2017 hingga menyebabkannya bersara dari dunia politik.

Sebelum ini, beliau pernah mengkritik Islam secara lantang malah menghina kesucian al-Quran.

Menerusi laporan akhbar NRC, beliau menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan terbabit yang sememangnya salah kerana terlampau mengikut dasar PVV yang menyokong sentimen anti-Islam.

Seorang lagi bekas pegawai PVV, Arnoud van Doorn yang telah memeluk Islam turut mengucapkan tahniah kepada Van Klaveren menerusi Twitter.

"Saya tidak menyangka PVV akan menjadi platform untuk kami memeluk Islam," ujarnya. - Politico.eu

Artikel Berkaitan: