Aruzm yakin industri kereta nasional akan bangkit kembali

A
A
A

MELAKA – Kelab Perodua Aruz Melaka (Aruzm) komited menyokong kerajaan terus membangunkan dan memantapkan lagi kereta nasional sebagai salah satu industri kebanggaan negara.

Pengerusinya, Abdullah Sazali berkata, biarpun sejak awal tahun ini negara dicengkam pandemic Covid-19 yang sedikit sebanyak menjejaskan prestasi industri kereta nasional, namun beliau percaya kerajaan sudah mempunyai perancangan teliti untuk memastikan industri berkenaan tetap berdaya saing dalam situasi sukar itu.

Majlis perasmian logo dan Kelab Aruzm dihadiri lebih 150 tetamu.
Majlis perasmian logo dan Kelab Aruzm dihadiri lebih 150 tetamu.

“Ahli-ahli Kelab Aruzm sentiada komited dan bersoladiriti terhadap usaha kerajaan untuk terus memperkukuhkan pengeluaran kereta nasional setanding dgn pelbagai jenama impot kenderaan lain.

“Walaupun dalam situasi ekonomi dan kesihatan negara terjejas akibat wabak Covid-19 yang melanda Malaysia serta seluruh negara, kami tetapi yakin industri kereta nasional akan kembali berdaya saing hasil komitmen kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kelab Aruzm yang disempurnakan oleh Muhammad Shafiq Ab Majid mewakili ADUN Pantai Kundur, Datuk Nor Azman Hasan di Pantai Puteri, di sini semalam.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian daripada ahli Kelab Aruzm yang hadiri pada majlis perasmian itu.
Sebahagian daripada ahli Kelab Aruzm yang hadiri pada majlis perasmian itu.

Pada majlis perasmian itu lebih 150 pemilik kenderaan Perodua Aruzm dan lebih 20 kenderaan daripada kelab Aruz di malaysia hadir sebagai tanda sokongan.

Menurut Abdullah lagi, tujuan utama kelab aruzm ditubuhkan adalah sebagai memupuk ukhuwah dan mempereratkan silaturrahim antara ahli yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat serta kaum.

Jelas beliau,kelab ini juga telah 'mentakwimkan' pelbagai aktiviti sosial yang akan dijalankan sepanjang tahun 2021 seperti hari keluarga, konvoi berkeŕeta dan aktiviti sukan demi memupuk hubungan mesra serta semangat muhibbah di antara ahli.

Antara kenderaan Perodua Aruzm milik ahli-ahli kelab yang hadir.
Antara kenderaan Perodua Aruzm milik ahli-ahli kelab yang hadir.

“Sebenarnya sebelum ini ahli-ahli Kelab Aruzm juga terlibat dlm kerja amal dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti menziarahi rumah orang-orang tua dan rumah anak yatim serta melakukan aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan rukun tetangga pencegahan denggi.

“Biarpun majlis perasmian ini berlangsung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) namun ia dilaksanakan dalam norma baharu dengan mematuhi segala SOP yang ditetapkan kerajaan,” ujar beliau.