Terbayang arwah cucu

Mohamad mengesat air mata ktika mengenangkan tiga-tiga cucunya yang telah pergi.
Mohamad mengesat air mata ktika mengenangkan tiga-tiga cucunya yang telah pergi.
A
A
A

MELAKA - Datuk kepada tiga kanak-kanak maut dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), petang semalam masih terbayang telatah dan lambaian terakhir salah seorang cucunya.

Mohamad Ahad, 67, berkata, cucu kedua dari tiga beradik, Muhammad Lutfi Hakim Muhammad Alhafiz, 3, telah sebulan lebih tinggal di rumahnya di Taman Seri Jati, Batu Berendam, manakala dua lagi cucunya itu tinggal bersama besan mereka di Kampung Nibong, Paya Dalam, di sini.

Menurutnya, pagi sebelum cucunya itu diambil menantu untuk dibawa ke Pulau Pinang, beliau sempat bersarapan bersama dan Muhammad Lutfi Hakim beberapa kali bertanyakan mahu makan nasi lemak bersama.

"Pagi tu dia beberapa kali tanya, atuk makan apa, saya jawab nasi lemak dan kalau nak makan minta nenek ambilkan.

"Tapi dia tak mahu, dia tetap nak makan bersama saya dan rupanya itu kali terakhir kami makan bersama," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kemalangan tragis itu meragut nyawa Muhammad Adam Hakimi, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3; dan adiknya Muhammad Affan Hafiy, 1, di lokasi kejadian manakala ibu mereka, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, yang parah masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Beliau yang mempunyai 14 cucu termasuk tiga baradik itu memberitahu benar-benar rasa kehilangan namun redha dengan apa yang berlaku.

"Malam tadi tiga-tiga datang dalam mimpi saya dan melambai-lambai dengan wajah yang ceria," katanya sebak.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Sinar Harian melaporkan kemalangan tragis yang meragut nyawa Muhammad Adam Hakimi, 7, Muhammad Lutfi Hakim Muhammad Alhafis, 3, dan adiknya Muhammad Affan Hafiy,1, yang maut dilokasi kejadian manakala ibu mereka Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim,27,yang parah masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak

Dalam kejadian kira- kira jam 3 petang itu, kereta Perodua Axia dipandu Nur Aimi Nadiah dalam perjalanan menghala ke Pulau Pinang terbabit kemalangan hingga mengorbankan ketiga- tiga anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilu seorang ayah hilang tiga anak sekelip mata

Tiga beradik maut, ibu parah

Tiga beradik disemadi dalam satu liang lahad