Tiga beradik disemadi dalam satu liang lahad

Muhammad Alhafiz Mohamad, 29, menyiram pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka tadi.
Muhammad Alhafiz Mohamad, 29, menyiram pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka tadi.
A
A
A

MELAKA - Jenazah tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Taman Rekrasi Gunung Lang, dekat Ipoh, Perak, petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Putat, Batu Berendam kira-kira jam10.55 malam tadi.

Jenazah Muhammad Adam Hakimi, 7; Muhammad Lutfi Hakim Muhammad Alhafis, 3; dan adiknya Muhammad Affan Hafiy,1, disemadikan dalam satu liang lahad dengan disaksikan kira-kira ahli keluarga dan jiran tetangga.

Suasana pilu menyelubungi sebaik sahaja jenazah tiga beradik itu tiba di rumah datuknya, Mohamad Ahad di Taman Seri Jati, Batu Berendam kira-kira jam 10 malam dengan menaiki tiga van jenazah sebelum disembahyangkan dan kemudian dibawa ke tanah perkuburan.

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam turut hadir merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga.

Muhammad Alhafiz Mohamad, 29, (duduk) menatap sedih Bapa ketiga-tiga jenazah anaknya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka tadi.
Muhammad Alhafiz Mohamad, 29, (duduk) menatap sedih Bapa ketiga-tiga jenazah anaknya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka tadi.

Terdahulu, jenazah tiga beradik itu dimandikan dan dikafankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak lebih kurang jam 5.30 petang sebelum dibawa ke Melaka.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kemalangan tragis yang meragut nyawa ketiga-tiga beradik tersebut di lokasi kejadian manakala ibu mereka, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27,yang parah masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik maut, ibu parah

Artikel Berkaitan:

Pilu seorang ayah hilang tiga anak sekelip mata

Ibu belum tahu tiga anak sudah tiada