Kanak-kanak terkunci dalam kereta, ditinggal ibu ke kedai

Anggota mengambil masa hampir 15 minit sebelum berjaya membawa keluar mangsa daripada kenderaan itu. - Foto Bomba Perak
Anggota mengambil masa hampir 15 minit sebelum berjaya membawa keluar mangsa daripada kenderaan itu. - Foto Bomba Perak
A
A
A

MANJUNG - Seorang kanak-kanak perempuan terperangkap hampir 20 minit dalam sebuah kereta yang terkunci selepas ditinggalkan ibunya untuk ke kedai pada Selasa.

Dalam kejadian di Taman Samudera, Seri Manjung itu, mangsa berusia lima tahun dikatakan tertidur dalam kereta jenis Perodua Viva berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung pada jam 3.26 petang.

Anggota menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta. - Foto Bomba Perak
Anggota menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta. - Foto Bomba Perak

Menurutnya, anggota mengambil masa hampir 15 minit sebelum berjaya membawa keluar mangsa daripada kenderaan itu.

"Anggota menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta.

"Maklumat awal mengatakan mangsa tidur dalam kereta ketika ibunya keluar untuk ke kedai," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa berada dalam keadaan selamat dan telah diserahkan kepada ibunya.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.43 petang," katanya.