Tanah runtuh di Lojing, laluan ke Cameron Highlands

Hujan lebat berterusan menyebabkan runtuhan di laluan sebelah lorong FT185 Jalan Lojing-Gua Musang sejak Ahad lalu.
Hujan lebat berterusan menyebabkan runtuhan di laluan sebelah lorong FT185 Jalan Lojing-Gua Musang sejak Ahad lalu.
A
A
A

GUA MUSANG - Pengguna jalan raya yang mahu ke Cameron Highlands melalui Jalan Lojing-Gua Musang dinasihatkan supaya berhati-hati kerana berlaku tanah runtuh di laluan FT185 berhampiran Projek Diraja di sini sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, runtuhan sedalam 25 meter itu dikesan berlaku pada jam 9.50 pagi.

“Taburan hujan lebat berterusan menyebabkan kegagalan struktur tanah dan mengakibatkan runtuhan sedalam 25 meter membabitkan laluan sebelah lorong FT185 Jalan Lojing-Gua Musang menuju ke Cameron Highlands.

“Jalan di lokasi kejadian ditutup selorong pada bahagian yang melibatkan kawasan runtuhan, manakala sebelah lorong dibuka kepada semua kenderaan kerana tidak ada laluan alternatif,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan pengguna supaya mengutamakan keselamatan dan tidak menghampiri kawasan runtuhan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Saya nasihatkan pengguna supaya berwaspada dan berhati-hati ketika menggunakan jalan itu terutama ketika cuaca hujan lebat kerana keadaan masih berbahaya.

“Kon keselamatan turut diletakkan di lokasi kejadian bagi memberi peringatan kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Artikel Berkaitan: