ATM tahan tiga lelaki bunuh penyu di Semporna

Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) menahan tiga lelaki warga asing kerana melakukan aktiviti menangkap dan membunuh penyu yang dilindungi serta melanggar perintah berkurung berdekatan dengan perairan Pulau Ligitan sekitar pukul 4.30 pagi tadi.- Foto Bernama

A
A
A

SEMPORNA - Angkatan Tentera Malaysia menerusi Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) menahan tiga lelaki warga asing kerana menangkap dan membunuh penyu di perairan Pulau Ligitan dekat sini, awal pagi ini.

Hasil maklumat risikan, Komander ATB 2, Brig Jen Datuk Zarondin Md Amin berkata satu Pasukan Atur Gerak Cepat (QRF) dari 18 RAMD diketuai Kapten Mohd Azuan Arif Mohd Nizam digerakkan ke lokasi kejadian dan mengesan bot mencurigakan sebelum menahan suspek berumur antara 25 hingga 45 tahun pukul 4.30 pagi.

"Pemeriksaan awal turut menemukan kesemua suspek bersama enam cengkerang penyu yang telah dipotong-potong," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Zarondin berkata kesemua suspek yang tiada pengenalan diri itu turut ditahan atas faktor melanggar perintah berkurung yang ditetapkan di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah antara pukul 6.00 petang hingga 6.00 pagi.

Katanya, kesemua suspek serta barang rampasan diserahkan ke Markas Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut.- Bernama

Artikel Berkaitan: