Pas sokong bentuk gagasan besar politik

Abdul Hadi Awang (dua dari kanan) pada program Dialog Media bersama Presiden Pas di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut hari ini.
Abdul Hadi Awang (dua dari kanan) pada program Dialog Media bersama Presiden Pas di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas menyambut baik cadangan pembentukan satu gagasan besar melibatkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu menganggap cadangan itu positif dan mendapat persetujuan pimpinannya.

Bagaimanapun katanya, perkara itu memerlukan masa untuk direalisasikan.

"Lagipun kita belum tahu bila Pilihanraya Umum ke-15 akan diadakan," katanya kepada pemberita pada program Dialog Media bersama Presiden Pas di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Terdahulu, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan mencadangkan gagasan besar berkenaan diwujudkan secara rasmi.

Bagi Hamzah, gabungan besar itu bagi melambangkan kesatuan semua tiga gabungan parti besar yang bersama kerajaan pimpinan PN hari ini, iaitu PN, BN dan Gabungan Parti Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa permohonannya untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah diperkenan Baginda.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, beliau yang juga ahli Parlimen Marang itu enggan mendedahkan tarikh beliau dibenarkan menghadap Sultan Perak.

"Kita telah sembah permohonan dan sudah diterima (saya)... tak mahu beri tarikh bila (akan menghadap).

"Tiba masa kita akan menghadap," katanya kepada media pada program Dialog Media bersama Presiden Pas di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan.