X

Kindly register in order to view this article
!

Abu Hafiz S.H. bakal PM 2040

A
A

KITA biasanya merancang masa depan anak kita. ALLAH SWT yang menentukan. Sebagai guru, kita juga memikirkan potensi dan masa depan anak murid. Kita tanya, “Adakah kita mengajar hanya sekadar kejar KPI? Atau melahirkan khalifah di bumi?”

Salah seorang anak murid saya jelas memiliki akhlak sebagai seorang pemikir dan pemimpin negara sejak umur belasan lagi. Beliau ialah Abu Hafiz Salleh Hudin.

Sekarang berumur 30 tahun, Abu Hafiz sudah diberi kepercayaan sebagai “Exco Armada Bersatu Nasional (Agama)”. Abu Hafiz, walaupun muda, memiliki karisma dan competitive intelligence untuk membawa wacana Islamisasi yang mampu bersaing dengan intelligence Israel.

Saya masih ingat bagaimana Abu Hafiz dan sahabat baiknya Salman Ali memonopoli debat kritis di UIAM, bukan sekadar dalam bahasa Melayu tetapi dalam bahasa Arab! Kefasihan Abu Hafiz dan ketajaman bahasa Arabnya memang dipuji, hatta oleh dunia luar.

Semasa bertanding di Kejohanan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa di Doha, Qatar 2011, Abu Hafiz mendapat liputan hangat surat khabar-surat khabar Arab di sana. Beliau berjaya mendapat tempat ketiga.

Walaupun hanya berumur lebih kurang 23 tahun masa itu, Abu Hafiz dikurniakan competitive intelligence yang luar biasa untuk menguasai debat Arab, iaitu sebuah bahasa bukan sebarang bahasa. Ia adalah bahasa mukjizat terbesar iaitu al-Quran.

Semasa umur hanya 19 tahun, beliau dipilih menjadi Presiden Pelajar IRKHS di CFS, UIAM iaitu sebuah persatuan pelajar-pelajar bidang agama. Maknanya beliau bukan sekadar serius menuntut ilmu agama tetapi memiliki leadership intelligence. Beliau mendapat Ijazah Pertama dalam bidang al-Quran/as-Sunnah di UIAM. Tetapi beliau tidak taasub dengan sistem universiti.

Beliau juga menuntut ilmu secara tradisional iaitu menuntut ilmu hadis secara bersanad. Beliau mendapat Ijazah Sanad sebanyak 34 kitab termasuk Kutub Tis’ah daripada ulama hadis muktabar dunia iaitu Prof Dr Muhammad Abu Al-Layth al-Khayrabadi.

Abu Hafiz adalah contoh misali ketuanan budaya Melayu dalam ilmu Islam. Beliau adalah hasil ketuanan ini dan beliau bangga menjadi Melayu. Beliau semestinya layak dipanggil “ustaz” yang sejati kerana keilmuan beliau dalam Quran-Hadis dan bahasa Arab. Ramai yang bergelar “ustaz” tetapi tidak fasih bersyarah ilmiah dalam bahasa Arab. Abu Hafiz adalah bakal ulama global satu hari nanti dengan izin ALLAH SWT.

Tetapi Abu Hafiz sedar bahawa impak globalisasi tidak boleh dipandang remeh. Negara Israel hanya mempunyai rakyat seramai 7 juta tetapi menjadi tuan globalisasi! Amat sempit sekali mindset kalau Melayu hanya sekadar berpuas hati menjadi tuan di sebuah tanah yang kecil bernama Malaysia sedangkan Zionis menjadi Tuan Ode Dunia Baru.

Melayu adalah Muslim. Dan sebagai Muslim, visinya adalah “khairu ummah ukhrijat lin-naas” iaitu umat terbaik yang diutuskan untuk manusia sejagat, bukan sekadar untuk Muslimin sahaja.

Beliau memahami mengapa Tun M begitu lantang mengkritik budaya negatif Melayu dan pada masa sama begitu berani mengkritik Israel di pentas dunia seperti PBB dan Oxford! Kata-kata Tun M “Jangan Cakap Pasal Ketuanan Melayu Jika Masih Kuli” menjadi motivasi proaktif baginya untuk berjuang bersama Parti Bersatu.

Kritikan-kritikan Tun M ini mencabar Abu Hafiz untuk menjadi lebih fasih bahasa Inggeris untuk menunggang arus globalisasi Barat yang dimonopoli oleh ilmuwan-ilmuwan Israel. Majoriti ulama Islam tidak fasih Inggeris.

Selepas ijazah, beliau mengambil kursus khas Diploma Bahasa Inggeris Akademik Dalam Sains Sosial di Universiti London supaya fasih bahasa akademik. Selepas itu beliau berjaya meneruskan ke Ijazah Sarjana Islamic Studies di SOAS, Universiti London untuk mempelajari metodologi ilmiah Barat.

Kini beliau sedang menyiapkan PHD di USM di bawah tajaan UIAM dalam tesis yang menggabungkan Ilmu al-Quran/as-Sunnah dan Ilmu Sains Sosial. Di samping itu, Abu Hafiz sedang mula belajar bahasa Mandarin dan falsafah Cina.

Malaysia perlu bersiap sedia menghadapi cabaran kemuncak globalisasi 2040. Maka, Melayu futuristik perlu sediakan payung sebelum hujan, sediakan bakal PM 2040. Insya-Allah.

* Abdul Naser Tun Rahman Tokoh Pendakwah Perak


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!