Pas tidak raih sokongan daripada kumpulan pengganas

Khairil Nizam Khirudin
Khairil Nizam Khirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menolak sebarang keganasan dan komited membawa kedamaian dan perpaduan menerusi hubungan hormat-menghormati serta menjunjung undang-undang.

Ketua Pemudanya, lr Khairil Nizam Khirudin berkata, Pas juga tidak pernah meraih sokongan atau simpati daripada kumpulan pengganas atau dalam kalangan orang Islam sendiri.

"Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran tidak perlu menuduh Pas mempertahankan pengganas di luar negara atas dasar Islam yang dinyatakannya.

“Jika beliau seorang ahli politik dan mempunyai maruah diri, sila nyatakan pihak yang dilabelkan sebagai pengganas ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Pada Selasa lalu, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah selepas mendapat persetujuan daripada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

ARIKEL BERKAITAN Roboh kuil ikut undang-undang, bukan isu perkauman: MB Kedah

Tindakan merobohkan kuil tersebut sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati pihak MIC kerana kerajaan negeri sudah berjanji dalam mesyuarat Julai lepas akan memaklumkan kepada pihak mereka dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique sekiranya ada kuil yang akan dirobohkan.

Bagaimanapun, Khairil Nizam berkata, langkah yang diambil oleh Menteri Besar Kedah itu sememangnya memenuhi tuntutan undang-undang.

Beliau turut mempersoalkan mengapa MIC selaku pihak yang mengaku berpengaruh dalam kalangan kaum India dan penganut Hindu tidak bertindak sewajarnya untuk menyelesaikan isu lama itu.

Artikel Berkaitan:

“Di mana paksi undang-undang kedaulatan sekiranya MIC pertubuhan yang sah dan dianggotai warganegara tidak patuh kepada peraturan sedia ada?

“Atau MIC mahu menuntut suatu keistimewaan secara bebas dari perundangan berkaitan?” soalnya.

Sehubungan itu katanya, perkara sedemikian tidak wajar kerana semua urusan agama di dunia seiring dengan tadbir urus negara.