Solskjaer harap Cavani, Martial beraksi

Cavani berkata sesuatu kepada Martial pada perlawanan berkenaan.
Cavani berkata sesuatu kepada Martial pada perlawanan berkenaan.
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solkskjaer berharap agar dua pemain tonggak, Edinson Cavani dan Anthony Martial dapat diturunkan pada aksi ‘kalah mati’ berdepan RB Leipziq di Reb Bull Arena dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Bagaimanapun, Solskjaer berkata dia masih menunggu laporan daripada pegawai perubahan berhubung keadaan terkini kedua-dua pemain berkenaan sebelum membuat keputusan menurunkan mereka atau tidak.

“Cavani dan Martial kini mengalami kecederaan ketika kita menewaskan West Ham 3-1 di gelanggang lawan, Sabtu lalu.

“Kedua-dua mereka telah memberikan aksi terbaik walaupun kami juga sebenarnya berdepan dengan pasukan yang telah mencatatkan keputusan seri ketika bertemu Manchester City selain telah menewaskan Leicester City dan Wolves.

“Oleh itu, kita hanya mengharapkan agar kecederaan mereka tidak serius dan mereka boleh beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara hari ini,” katanya.

Untuk rekod, aksi berdepan Leipzig awal pagi nanti bakal menjadi penentu kepada kemaraan skuad The Red Devils itu ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara setelah kedua-dua pasukan masing-masing berkongsi sembilan mata selepas lima perlawanan.

Satu lagi perlawanan bakal menyaksikan pertembungan pendahulu Kumpulan H, Paris Saint-Germain yang turut mengumpul sembilan mata, tetapi bakal berdepan kelab tercorot kumpulan, Istanbl Basaksehir di gelanggang sendiri.

Sementara itu, Solskjaer berkata, kejayaan mengatasi West Ham dilihat satu pencapaian yang baik buat skuad kendaliannya itu kerana berjaya melebarkan rekod kemenangan di gelanggang lawing sebanyak lima kali musim ini membawa pulang 15 mata maksimum daripada kesemua perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Sudah tentu kami gembira apabila mencatatkan kemenangan di tempat lawan. Kami dilihat lebih bersemangat apabila beraksi dalam perlawanan seperti ini (di gelanggang lawan).

“Apabila ketinggalan 0-1 atau 02, pemain kita dilihat masih mampu bangkit dan itu adalah antara karekter paling penting,” katanya.