'Manchester United miliki pengurus luar biasa'

Guardiola - Foto Agensi
Guardiola - Foto Agensi
A
A
A

MANCHESTER City berdepan Manchester United yang jauh berbeza daripada yang tumbangkan 6-3 pada Oktober, kata pengendali Pep Guardiola, sambil menambah The Citizens perlu berada pada tahap terbaik menjelang perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu.

City kendalian Guardiola akan berdepan United kendalian Erik ten Hag dalam bukan sahaja final Piala FA pertama bersejarah antara seteru Manchester, tetapi juga usaha City meraih treble.

“Apa yang Manchester (United) lakukan dalam tempoh lima atau enam bulan lepas, mereka adalah pasukan yang sama sekali berbeza dengan apa yang kami hadapi pada awal musim.

“Akhir adalah tentang bagaimana anda akan berada dalam 90 minit.

“Ia bukan apa yang anda lakukan pada masa lalu atau betapa baiknya anda. Ia adalah satu perlawanan, jadi kami perlu menjadi yang terbaik untuk menewaskan mereka,” kata Guardiola pada sidang akhbar pada Jumaat.

City, yang mengekalkan rekod tanpa kalah pada minggu-minggu terakhir Liga Perdana Inggeris untuk memenangi kejuaraan ketiga berturut-turut, akan menentang Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara - satu-satunya trofi yang belum dirangkul City - pada 10 Jun di Istanbul.

City sedang mencari treble yang hanya diraih kelab Inggeris - Manchester United pada tahun 1999 - dan pasukan Ten Hag tidak akan menyukai apa-apa yang lebih baik daripada merosakkan impian City.

Bagaimanapun Guardiola mengakui kagum dengan hasil kerja pengurus Belanda itu, membimbing Manchester United ke Piala Liga pada Februari dan menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris pada musim sulungnya.

“Saya tidak boleh mengatakan kami berkawan... tetapi dia mewakili profesion kami sebagai pengurus dengan cara yang terbaik. Saya rasa Manchester United mempunyai pengurus yang luar biasa selama bertahun-tahun,” kata pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Dengan beberapa perlawanan diputuskan menerusi penentuan sepakan penalti musim ini, termasuk kemenangan Sevilla ke atas AS Roma dalam perlawanan akhir Liga Europa, City bersedia untuk perlawanan diputuskan seperti itu.

“Kemahiran paling penting ialah mentaliti,” kata Guardiola.

Sebagai rekod, City sedang memburu Piala FA ketujuh manakala United sedang memburu kejuaraan ke-13.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!