Spurs boleh tambah luka Arsenal

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Igor Tudor menegaskan pasukannya bersedia untuk menambah derita Arsenal yang kini mula goyah dalam kempen pemburuan kejuaraan liga.
Walaupun mengakui Spurs kini berdepan prestasi kurang memuaskan, Tudor percaya anak-anak buahnya masih mampu mengambil kesempatan sepenuhnya ke atas Arsenal yang kini sedang melalui fasa getir yang mendebarkan.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu hanya merekodkan dua kemenangan daripada tujuh perlawanan EPL terakhir mereka.
Malah, The Gunners turut mensia-siakan kelebihan dua gol sebelum diikat seri oleh pasukan corot, Wolves baru-baru ini.
Keadaan itu menyaksikan Manchester City berpeluang merapatkan jurang kepada hanya dua mata di belakang pendahulu liga itu sebelum aksi derbi pada Ahad sekali gus bakal memberi tekanan hebat memuncak buat Arteta.
"Adakah ini masa yang sesuai menentang Arsenal di tempat sendiri? Ia sentiasa menjadi masa yang terbaik untuk bermain menentang Arsenal di halaman kami.
"Kami perlu menjelmakan watak pasukan yang kami mahukan. Menentang Arsenal memberi anda motivasi yang lebih besar.
"Ya, lawan mempunyai kualiti yang tinggi, tetapi motivasi kami juga lebih besar. Jadi, saya harap kami dapat tunjukkan perkara yang hebat pada Ahad ini.
"Kami menghormati mereka tetapi kami bermain di tempat sendiri. Kita lihat apa yang akan berlaku nanti. Kami perlu ada keberanian dan keyakinan. Kami ada pemain yang bagus, mereka juga ada pemain yang bagus. Jadi, kita tunggu dan lihat.
"Kekal merendah diri tetapi berani dan bijak. Itu adalah elemen yang betul untuk diterjemahkan di atas padang. Lagipun, kita bermain di tempat sendiri, bukan?" katanya.
Dalam pada itu, Tudor mengakui dia tidak mempunyai masa yang cukup untuk menerapkan corak permainan yang lebih menarik buat tatapan penyokong, selain meluahkan kekecewaan kerana hanya mempunyai 10 pemain padang yang cergas berserta tiga pemain simpanan.
"Gaya permainan sebenar terbina dari aksi pramusim apabila anda mempunyai masa 50 hari dengan 20 pemain yang cergas. Sudah tentu apabila anda ada masa, gaya permainan itu akan lebih konkrit.
"Tetapi sekarang kami berada dalam keadaan darurat. Dalam situasi krisis begini, anda perlu cepat mencari formula yang sesuai dengan 10 pemain ditambah tiga pemain simpanan yang kami ada dan ia adalah satu situasi yang berbeza sama sekali," katanya.
Ringkasan AI
- Pengendali Tottenham Hotspur, Igor Tudor menegaskan pasukannya bersedia menambah derita Arsenal yang kini goyah
- Walaupun Spurs menghadapi prestasi kurang memuaskan, Tudor yakin bersedia mengambil kesempatan atas keadaan Arsenal
- Arsenal hanya menang dua daripada tujuh perlawanan EPL terakhir
- The Gunners mensia-siakan kelebihan dua gol dalam perlawanan terakhir
- Manchester City berpeluang merapatkan jurang kepada Arsenal menjelang derbi seterusnya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
