X

Kindly register in order to view this article
!

Proton Saga terbakar di laluan pandu lalu

Keadaan sebuah Proton Saga yang terbakar dalam kejadian di laluan pandu lalu sebuah restoran makanan segera di Jalan Hiliran, Kuala Terengganu malam tadi.
A
A

KUALA TERENGGANU - Orang ramai di laluan kaunter pandu lalu sebuah restoran makanan segera di Jalan Hiliran, di sini dikejutkan dengan kebakaran sebuah kenderaan tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, ketika kejadian kereta itu dinaiki dua mangsa iaitu lelaki dan perempuan berusia lingkungan 20-an.

“Kebakaran itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang musnah sepenuhnya namun tiada mangsa yang cedera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rozizah berkata, seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 12.31 malam oleh orang awam.

Katanya, pihak bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!