Pulau Pinang mohon PKPB di lokaliti bersasar sahaja

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow
A
A
A

GEORGETOWN- Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Pulau Pinang (JKKNPP) memohon agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempertimbangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini hanya di lokasi-lokasi bersasar.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia hanya melibatkan lokasi bersasar seperti mukim atau lokaliti yang terkesan sahaja.

Menurutnya, pihaknya memohon agar Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP) membawa cadangan itu kepada mesyuarat Sidang Khas MKN yang dijadualkan berlangsung esok.

"Berbaki tiga hari lagi, PKPB di seluruh negara dijangka tamat. Kita mengharapkan supaya keputusan yang baik dapat dilaksanakan bagi mengimbangi aspek kesihatan awam serta pemulihan ekonomi yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

"Oleh itu, kita memohon MKN mempertimbangkan pelaksanaan PKPB di Pulau Pinang hanya di lokasi-lokasi bersasar iaitu mukim atau lokaliti yang terkesan sahaja. MKNPP akan membawa cadangan ini kepada mesyuarat Sidang Khas MKN yang dijadualkan berlangsung pada esok (Jumaat)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehingga semalam, JKNPP melaporkan terdapat 14 kluster aktif di negeri ini termasuk Kluster Penjara Reman; Penjara Seberang Perai; Bayan; Tembaga; Permatang, Damar Laut dan Bayam Indah.

"Sehingga semalam juga, mukim 12 di daerah barat daya dan mukim 13, di daerah timur laut masih berada dalam zon merah, manakala mukim Georgetown; mukim 6, daerah Seberang Perai Selatan; Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara dalam zon jingga.

"Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pulau Pinang akan menjalankan ujian saringan terhadap pekerja warga asing bawah program saringan khas Covid-19 menggunakan kaedah RTK Antigen bermula 9 Disember bagi kawasan zon merah manakala 16 Disember bagi lain-lain kawasan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kon Yeow berkata, majikan dimohon untuk merujuk kepada portal rasmi Perkeso berkaitan program saringan tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai prosedur pelaksanaan serta klinik panel dilantik oleh Perkeso dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),