X

Kindly register in order to view this article
!

Penggunaan vaksin Covid-19 dalam kalangan umat Islam diumum esok

Zulkifli ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Lantikan Kepada 52 Orang Pegawai Penyelidik Baharu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Keputusan penggunaan vaksin Covid-19 dalam kalangan umat Islam akan diumumkan esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Jawatankuasa Muzakarah Khas kali ke-10 Tahun 2020, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) telah bermesyuarat mengenai hal tersebut hari ini.

"Kita melihat dari semua segi termasuk pandangan Kementerian Kesihatan serta mufti.

"Keputusannya kita akan umum esok," katanya pada sidang media selepas merasmikan pelantikan 52 pegawai penyelidik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Semalam, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan perlu melakukan kajian terperinci terhadap status vaksin Covid-19 supaya menepati syarak sekali gus mengelak perkara itu dijadikan isu mana-mana pihak terutama golongan antivaksin.

ARTIKEL BERKAITAN: Lakukan kajian terperinci status halal vaksin Covid-19

Muzakarah Fatwa Kebangsaan perhalusi vaksin Covid-19

Katanya, perkara itu membantu meyakinkan umat Islam untuk menerimanya tanpa ragu.

Sebelum ini, media melaporkan penggunaan vaksin Covid-19 akan diperhalusi dalam muzakarah tersebut dengan mengambil kira semua aspek termasuk mengenai maqasid syariah selain memastikannya tidak memudaratkan tubuh badan untuk jangka masa panjang.

Sementara itu, mengulas mengenai status halal ayam yang dicipta daripada sel haiwan dan dihasilkan dalam bioreaktor yang diluluskan penjualannya di Singapura, beliau berkata, perkara itu akan diteliti dan dibincangkan sebelum sebarang keputusan.

"Mungkin wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan bertanya kepada Pejabat Mufti di Singapura mengenai perkara itu untuk mendapatkan pandangan mereka," katanya


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!