Pasukan perubatan Sultan Johor bantu mangsa kemalangan

Pasukan perubatan memberi rawatan kecemasan kepada seorang mangsa kemalangan di Jalan Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini. - Foto Facebook rasmi Sultan Ibrahim
Pasukan perubatan memberi rawatan kecemasan kepada seorang mangsa kemalangan di Jalan Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini. - Foto Facebook rasmi Sultan Ibrahim
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan perubatan peribadi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberikan rawatan kecemasan kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya berhampiran Jalan Pasir Pelangi di sini hari ini.

Menerusi hantaran terbaru di Facebook rasmi baginda, pasukan berkenaan sedang dalam penugasan mengiringi Sultan Johor.

"Anggota paramedik bersama-sama juruteknik perubatan kecemasan yang ketika itu dalam penugasan bertindak memberhentikan ambulans untuk memberikan rawatan kepada mangsa, sebaik melihat kemalangan itu.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan susulan," tulis kenyataan itu.

Sementara itu, Sultan Ibrahim bertitah, baginda sentiasa mengingatkan pasukan berkenaan supaya membantu mereka yang memerlukan.

"Saya pesan kepada mereka, semasa bertugas mengiringi jika berlaku apa-apa kemalangan kepada orang awam, segera membantu dan juga berikan bantuan yang sewajarnya.

"Dalam keadaan sebegini, lupakan saya, segera bantu mereka yang memerlukan bantuan," titah baginda.

Ambulans peribadi Sultan Johor dilengkapi dengan pelbagai peralatan klinikal seperti mesin bantuan hayat, mesin bantuan pernafasan, alat defibrilator luaran automatik (AED) dan mesin bantuan pernafasan automatik, termasuk peralatan bantuan rawatan luka kebakaran dan peralatan asas bantuan kemalangan jalan raya.

Artikel Berkaitan: