Projek Dapur Malaysia bantu penduduk Gaza

Makanan tengah hari disediakan untuk komuniti di Pusat Kuarantin Covid-19 di Gaza.
Makanan tengah hari disediakan untuk komuniti di Pusat Kuarantin Covid-19 di Gaza.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) melaksanakan Projek Dapur Malaysia untuk membantu penduduk Gaza yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang melanda wilayah itu.

Pengurus Projek Dapur Malaysia, Siti Nur Afifah Muhab Shah berkata, menerusi inisiatif itu, makanan tengah hari disediakan untuk komuniti di Pusat Kuarantin Covid-19 di Gaza.

Menurutnya, Projek Dapur Malaysia dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Masyarakat Palestin (Gaza) dan Kementerian Kesihatan Palestin (Gaza) serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan tempatan Gaza dan Malaysia.

“Antara NGO Malaysia yang terlibat ialah Iman Care, Cakna Palestin, Azhar Care, Serantau Muslim,Warga Cakna, Dana Kita, Yayasan Amal Malaysia (Cawangan Pahang), Yayasan Amirul Ummah, Misi Sedekah Jumaat, NGO Sedekah Subuh dan ditaja oleh Syarikat Hanizah Optometry,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Beliau berkata, lebih 12,000 penghuni pusat kuarantin Covid-19 di seluruh Semenanjung Gaza mendapat manfaat daripada Projek Dapur Malaysia.

Katanya, pusat-pusat kuarantin di Gaza yang terlibat ialah Pusat Kuarantin Bait Hanoun (Gaza Utara), Pusat Kuarantin Klinik Muscat (Gaza Utara), Pusat Kuarantin Mathaf (Gaza Utara), Pusat Kuarantin Hotel Commodore (Bandar Gaza), Pusat Kuarantin Hotel Blue Beach (Bandar Gaza), Pusat Kuarantin Hospital Sadaqah (Bandar Gaza), Pusat Kuarantin Sekolah Balqis (Bandar Gaza), Pusat Kuarantin Deirul Balah (Gaza Tengah), Pusat Kuarantin Hospital Eropah (Gaza Selatan), Pusat Kuarantin An-Najjar (Gaza Selatan), Pusat Kuarantin Al-Qararah (Gaza Selatan), Pusat Kuarantin Sekolah As-Sofwah (Gaza Selatan) dan Pusat Kuarantin Asdaa' (Gaza Selatan).

Sumbangan berterusan untuk membantu penduduk Gaza boleh disalurkan melalui akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia 5648 1050 7826.

Artikel Berkaitan: