Perikatan Nasional setuju cadang bentuk Majlis Presiden

Muhyiddin (tengah) hanya melambaikan tangan kepada petugas media selepas menghadiri mesyuarat PN di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam. Turut bersamanya, Mohamed Azmin (kanan) dan Hamzah (kiri).
Muhyiddin (tengah) hanya melambaikan tangan kepada petugas media selepas menghadiri mesyuarat PN di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam. Turut bersamanya, Mohamed Azmin (kanan) dan Hamzah (kiri).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) bersetuju cadang bentuk Majlis Presiden yang akan dianggotai semua ketua parti kerajaan bincang dasar kerajaan.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, cadangan itu dipersetujui menerusi mesyuarat dipengerusikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

"Mesyuarat MT juga memutuskan PN akan segera melaksanakan program 'flagship' di seluruh negara untuk membantu semua lapisan masyarakat.

"Selain itu, mesyuarat turut berlangsung untuk membincangkan persediaan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

HAMZAH
HAMZAH

Mesyuarat itu dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee dan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Timbalan Pengerusi PN serta semua ahli Majlis Tertinggi lain.

Sabtu lalu, ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, Muhyiddin berkata, sudah tiba bagi sebuah Majlis Presiden dianggotai ketua parti kerajaan PN dibentuk.

Artikel Berkaitan:

MENYUSUL