Kedai makan, restoran dibenar sehingga jam 10 malam

Mesyuarat Khas Covid-19 memutuskan operasi kedai makan dan restoran di Kota Bharu dihadkan sehingga jam 10 malam susulan peningkatan kes Covid-19 di Kelantan. - Foto 123RF
Mesyuarat Khas Covid-19 memutuskan operasi kedai makan dan restoran di Kota Bharu dihadkan sehingga jam 10 malam susulan peningkatan kes Covid-19 di Kelantan. - Foto 123RF
A
A
A

KOTA BHARU - Mesyuarat Khas Covid-19 memutuskan operasi kedai makan dan restoran di Kota Bharu dihadkan sehingga jam 10 malam susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, arahan itu berkuat kuasa hari ini sehingga 6 Disember dan masyarakat diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Kelantan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 21 November lalu selepas berlaku peningkatan mendadak Covid-19 di negeri ini.

Empat hari lalu, Kota Bharu pula diletakkan di bawah kawasan zon merah selepas mencatatkan jumlah jangkitan Covid-19 yang tinggi.

Artikel Berkaitan: