Dua restoran dikenakan kompaun gagal patuhi SOP

Polis melakukan pemeriksaan di premis perniagaan sekitar Jempol pada Jumaat lalu.
Polis melakukan pemeriksaan di premis perniagaan sekitar Jempol pada Jumaat lalu.
A
A
A

JEMPOL - Dua pemilik restoran dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah dan mengawal penyakit berjangkit.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pemilik premis itu dikenakan tindakan selepas operasi pemeriksaan dilakukan terhadap 50 premis di sekitar daerah ini pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, pemeriksaan bersama Majlis Perbandaran Jempol itu dilakukan di restoran sekitar pusat perniagaan Aurora Walk Bahau, restoran di sekitar medan niaga Majlis Perbandaran Jempol di Jalan Pasar Bahau, sekitar Taman Puan Chik Bahau dan kedai makan di sekitar pekan Batu Kikir.

Polis melakukan pemeriksaan kepada seorang pengunjung restoran di Bahau pada Jumaat lalu.
Polis melakukan pemeriksaan kepada seorang pengunjung restoran di Bahau pada Jumaat lalu.

"Hasil pemeriksaan kita dapati masih ada peniaga gagal mematuhi SOP ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Jadi kita mengeluarkan kompaun kepada pemilik premis yang gagal mematuhi SOP termasuk tidak menyediakan penyukat suhu dan gagal memastikan penjarakkan satu meter," katanya kepada pemberita hari ini.

Chang Hook berkata, kesemua yang dikompaun itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 11(2)Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi segala SOP yang ditetapkan dan mengamalkan norma baharu demi keselamatan bersama.

Artikel Berkaitan: