Masalah ‘pencerobohan’ peniaga luar tidak berdaftar

Asmuni turut sama menjual barangan keperluan sempena ‘happy hour’ di Pasar Tani Silibin.
Asmuni turut sama menjual barangan keperluan sempena ‘happy hour’ di Pasar Tani Silibin.
A
A
A

IPOH - Masalah ‘pencerobohan’ peniaga luar di Pasar Tani Silibin dilihat sebagai antara faktor mengekang pelbagai perancangan yang mahu dilaksanakan di pasar berkenaan.

Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi berkata, masalah pencerobohan berkenaan berlaku sejak sekian lama terutamanya ketika musim buah-buahan.

Menurut Asmuni, ketika musim buah-buahan ramai peniaga yang tidak berdaftar akan berada di pasar tani berkenaan untuk sama-sama menjual produk masing-masing.

“Di pasar tani ini kita ada seramai 66 petani yang berdaftar dan memang kalau boleh kita ada perancangan untuk besarkan lagi pasar tani ini. Tetapi kita berdepan kekangan masa dan sebenarnya melibatkan masalah ‘pencerobohan,’ bila ‘orang luar’ datang berniaga di sini.

“Perkara ini sebenarnya berlaku di mana-mana di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya ketika musim buah-buahan. Di sepanjang jalan akan ada yang berniaga buah-buahan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Santai Mesra yang turut dihadiri Pengarah FAMA Perak, Basri Jasmo di Pasar Tani Silibin di sini, hari ini.

Sementara itu Asmuni berkata, pihaknya turut bercadang untuk mengadakan sambutan 20 tahun pembukaan pasar tani berkenaan kelak.

“Untuk makluman pasar tani ini mula beroperasi pada Mac 1989. Bulan Mac nanti dah 20 tahun, jadi kita bercadang untuk buat jualan percuma selama 10 minit sahaja. Kalau ada sambutan kita akan buat lima minit sahaja. Ambillah apa sahaja, tetapi dalam tempoh lima minit sahaja.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun, setakat ini ia baru cadangan sahaja, kerana yang lebih penting pengguna boleh membuat pilihan barang-barang segar dari ladang termasuk ternakan yang baharu disembelih,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!