X

Kindly register in order to view this article
!

Dalang utama, tiga lagi suspek kes tembak anggota PGA direman

Tiga warga tempatan termasuk seorang suspek utama dan seorang warga Thailand direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden tembak membabitkan anggota PGA di sempadan Malaysia-Thailand dua hari lepas. - Foto Bernama
A
A

KANGAR - Suspek utama kes tembakan di antara Pasukan Gerakan Am (PGA) dan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand dua hari lepas, adalah antara tiga lelaki tempatan dan seorang rakyat Thailand yang ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad.

Suspek utama merupakan warga tempatan berusia 45 tahun, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Terdahulu, perintah reman hingga 2 Disember ini terhadap empat lelaki terbabit dikeluarkan Pendaftar Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah yang membenarkan permohonan pihak polis.

Keempat-empat suspek berusia 26 hingga 45 tahun terbabit yang berpakaian lokap dan bergari, tiba di kompleks mahkamah pada 9.10 pagi dan dibawa keluar dari bilik reman kira-kira 50 minit kemudian.

Dalam insiden awal pagi Selasa, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terbunuh manakala rakannya Sarjan Norihan Tari, 39, cedera parah dalam kejadian berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.

Mendiang Baharuddin, daripada suku kaum Semelai meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya Norihan yang sebelum ini dirawat di Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar, kini dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut.

Semalam, 15 warga tempatan diperintahkan direman selama empat hari manakala tiga rakyat Thailand direman seminggu bagi membantu siasatan kes itu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Lagi anggota PGA ditembak di sempadan

18 lelaki direman kes tembak anggota PGA di sempadan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!