X

Kindly register in order to view this article
!

Lagi anggota PGA ditembak di sempadan

A
A

BUKIT KAYU HITAM - [DIKEMASKINI] Seorang anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) dilaporkan cedera di perut selepas terkena tembakan ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand di sini, petang tadi.

Ketika kejadian pada jam 6.15 petang itu, anggota terbabit sedang melakukan kawalan sempadan di Pos M16 Bukit Kayu Hitam sebelum secara tiba-tiba terkena tembakan.

Anggota berkenaan dipercayai mengalami kecederaan ringan pada perut berikutan terkena peluru senapang angin yang dipercayai dilepaskan dari arah negara jiran namun terkena baju kalis peluru dipakainya.

Hasanuddin
Hasanuddin

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Anggota terbabit sudah mendapatkan rawatan dan telah tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam kira-kira jam 8 malam tadi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Ketika ini pihak polis juga masih menyiasat adakah kes ini mempunyai kaitan dengan kes tembakan di Pos TS9 Padang Besar, Perlis yang mengorbankan Sarjan Baharuddin Ramli, 54," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Kes tembak di sempadan: Seorang lagi anggota PGA cedera

Insiden berbalas tembakan di sempadan pertama kali berlaku

Sementara itu, dalam kejadian awal pagi semalam, Sarjan Norihan Tari turut parah selepas terkena tembakan pada kanan perut akibat serangan pada jam 3.10 pagi itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!