X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 29 November 2021

Awas auta anti-vaksin

A
A

SELURUH dunia sedang menanti kemunculan penawar bagi menyembuhkan penyakit yang paling digeruni iaitu koronavirus (Covid-19).

Beberapa syarikat telah mengeluarkan laporan bahawa vaksin yang dihasilkan syarikat mereka sudah mencapai lebih 90 peratus kejayaan.

Bagaimanapun, golongan anti-vaksin atau dikenali sebagai anti-vaxx yang wujud dalam kalangan kita amat membimbangkan.

Golongan itu jelas menolak sebarang vaksin untuk mengubati penyakit yang kini sudah membunuh seramai 1,395,296 orang di seluruh dunia.

Kita juga amat bimbang sekiranya peperangan untuk melawan penyakit itu tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak.

Jika kita imbas sejarah lama, cacar air adalah salah satu daripada penyakit dunia yang secara rasminya diisytiharkan pupus sejak 8 Mei 1980.

Ia merupakan hasil usaha kerjasama antarabangsa mencari, mengkaji dan menyediakan vaksin yang berupaya mencegah penularan penyakit tersebut sehingga membawa kepada kejayaan.

Vaksin merupakan proses memasukkan bakteria atau virus tertentu yang telah mati dan dilemahkan sebelum dimasukkan ke dalam badan melalui suntikan. Apabila sistem imunisasi badan berjaya mengesan virus, ia akan segera bertindak menghapus dan mencegah daripada berulang.

Namun, perkara paling penting dalam hal vaksin itu adalah untuk mewujudkan herd immunity iaitu apabila orang yang divaksin itu berjaya menjadi pelindung kepada golongan yang tidak divaksin.

Jika ramai orang yang divaksin, maka perlindungan menjadi lebih kebal. Satu-satu kelompok itu akan kebal daripada ancaman penyakit.

Apabila hampir semua masyarakat sedar dan menerima vaksin, maka penyakit tidak lagi mampu menyerang kerana perlindungan kebal yang diwujudkan sesebuah masyarakat.

Masyarakat perlu sedar bahawa itulah tujuan wujudnya vaksin. Vaksin bukan untuk kebaikan diri kita sahaja tetapi untuk ahli masyarakat yang lain juga.

Jangan disebabkan terlalu terikut-ikut dengan propaganda anti-vaxx yang penuh dengan auta dan penipuan, maka kita terus menafikan manfaat-nya.

Sehubungan itu, jadilah orang yang cerdik. Bertanyalah kepada yang pakar, bukannya terus dapat dan sebarkan perkara yang tidak tahu betul atau salah sehingga mengelirukan ramai orang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!