Selangor salur RM22.473 juta bantu infrastruktur 740 sekolah

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor mengagihkan bantuan infrastruktur berjumlah RM22.473 juta kepada 740 buah sekolah di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan ini untuk penambahbaikan tahap infrastruktur sekolah seperti penyelenggaraan dewan, pembelian perkakas dan sebagainya.

"Sebanyak 538 buah Sekolah Agama Rakyat mendapat manfaat daripada sumbangan ini dengan jumlah sebanyak RM9.113 juta, diikuti 101 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (RM6 juta) dan juga empat buah Sekolah Menengah Persendirian Cina (RM2 juta).

"Sebanyak 83 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil turut mendapat sumbangan berjumlah RM4.36 juta dan 14 buah lagi sekolah terdiri daripada Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan menerima agihan kerajaan negeri sebanyak RM1 juta," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua sumbangan tersebut telah mula diagihkan semenjak 2 November 2020 dan dijangka selesai menjelang 15 Disember 2020.

"Diharap sumbangan ini akan membantu menyediakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif buat pelajar-pelajar seluruh negeri selari dengan keutamaan yang signifikan diperuntukkan untuk pendidikan dalam Belanjawan Selangor 2021," katanya.

Artikel Berkaitan: