Jelajah Selangor Bekerja tawar 6,567 jawatan kosong

Antara peserta yang hadir pada Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 di Dewan MDKS, Saujana Utama hari ini.
Antara peserta yang hadir pada Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 di Dewan MDKS, Saujana Utama hari ini.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Sebanyak 6,567 kekosongan jawatan ditawarkan oleh 37 majikan sempena Program Jelajah Selangor Bekerja 2020.

Exco Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, jumlah tersebut berdasarkan program yang diadakan semalam di Gombak dan Paya Jaras pada hari ini.

Menurutnya, program Jelajah Selangor Bekerja 2020 merupakan inisiatif kerajaan Selangor untuk menangani peningkatan jumlah pengangguran susulan pandemik koronavirus (Covid-19).

"Berdasarkan rekod pendaftaran di laman sesawang JobsMalaysia, kerajaan negeri telah menerima sebanyak 9,696 permohonan untuk menyertai Program Jelajah Selangor Bekerja 2020," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kaedah temu duga dilaksanakan secara fizikal dan virtual bagi mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Selangor Task Force Covid-19.
Kaedah temu duga dilaksanakan secara fizikal dan virtual bagi mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Selangor Task Force Covid-19.

Beliau berkata, penganjuran karnival kerjaya di Dewan MPS Taman Gombak dan Dewan MDKS di Paya Jaras pada minggu ini merupakan siri kedua dan ketiga selepas siri pertama membuka tirai di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 15 November lalu.

"Kerajaan negeri komited untuk meneruskan Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 dalam skala kecil dan bersesuaian dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Kaedah temu duga dilaksanakan secara fizikal dan virtual bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Selangor Task Force Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Azizi Arbain
Azizi Arbain

Seorang peserta, Azizi Arbain, 25, berkata, karnival kerjaya itu merupakan platform terbaik untuk mencari pekerjaan.

"Saya merupakan lulusan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan sebelum ini sudah bekerja selama dua tahun tetapi secara kontrak, jadi saya datang sini sebab hendak cari kerja tetap.

"Bagi saya program ini sangat baik kerana banyak peluang kerja yang ditawarkan dan masa sama saya harap ia dapat diperluaskan lagi," katanya.