X

Kindly register in order to view this article
!

Khabar gembira untuk peniaga di Kedah

Muhammad Sanusi Md Nor
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri mengumumkan khabar gembira dengan membenarkan peniaga menjalankan perniagaan di Kawasan Bebas Berniaga di Kedah secara percuma selama setahun.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kawasan Bebas Berniaga yang dicadangkan beroperasi selama enam bulan bermula 15 November lalu hingga 15 Mei tahun depan dengan bayaran dikenakan sebanyak RM10 sebulan.

Beliau berkata, tambah baik akan dilaksanakan untuk membantu peniaga melalui inisiatif itu

"Pembayaran lesen atau permit sementara juga percuma kepada semua pemohon berkuatkuasa mulai 1 Disember ini," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Muhammad Sanusi menjelaskan syarat permohonan juga sama seperti sebelum ini dan kelulusan permohonan tertakluk dengan syarat yang ditetapkan PBT.

"Antaranya, tidak menghalang laluan dan lalu lintas, tidak meninggalkan peralatan di tempat berniaga, menjaga kebersihan, tiada kacau ganggu, memelihara keselamatan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19)," katanya.

Beliau berkata, pemohon yang berhasrat berniaga di Kawasan Bebas Berniaga boleh mengemukakan permohonan permit percuma di PBT berkaitan pada waktu bekerja.

"Saya berharap langkah ini dapat membantu meringankan beban orang ramai yang terkesan dengan kesuraman ekonomi akibat Covid-19," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!