HSA tubuh jawatankuasa siasat pegawai perubatan biadab

Kenyataan HSA yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor hari ini.
Kenyataan HSA yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hospital Sultanah Aminah (HSA) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat insiden seorang pegawai perubatan yang bersikap biadab dengan menghambur makian kepada pesakit dalam media sosial.

Pengarah HSA, Dr Mokhtar Pungut @ Ahmad berkata, pihaknya memandang serius perlakuan pegawai perubatan terbabit.

Beliau yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam berkata, jika benar berlaku tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai berkenaan.

"Berhubung isu pegawai perubatan biadab hambur makian kepada pesakit dalam media sosial, pihak pengurusan HSA memandang serius perlakuan pegawai perubatan terbabit.

"Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan di peringkat hospital bagi menyiasat dengan lebih terperinci isu tersebut. Sekiranya didapati benar, tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap pegawai perubatan terlibat

"Pihak HSA memohon maaf di atas penyataan yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan berkenaan sehingga menyinggung perasaan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor hari ini.

Sebelum ini, tular dalam media sosial, Twitter seorang pegawai perubatan yang mengeluarkan kata hinaan kerana terdapat pesakit barah otak yang mendapatkan rawatan ke hospital pada jam 4 pagi.

Dakwanya, pesakit itu sepatutnya datang pada keesokan harinya kerana telah bertahan selama enam hingga tujuh bulan menghidap penyakit berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ekoran itu netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan pegawai muda terbabit yang biadab dan tidak sensitif dengan keadaan pesakit.