Perak lulus bantuan RM500 kali kedua

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak akan memberikan bantuan tunai sekali beri buat kali kedua sebanyak RM500 kepada 9,361 peniaga dan penjaja kecil bagi meringankan beban susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bantuan yang diluluskan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa ke-4 (PRE Fasa 4) itu akan dibayar bulan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM4.65 juta.

"Di bawah PRE Fasa 4 ini, kerajaan negeri meluluskan peruntukan lebih RM9 juta bagi tujuan meringankan beban peniaga dan penjaja kecil serta para usahawan mikro di seluruh negeri.

"Ia adalah bantuan kali kedua diberikan selepas kerajaan negeri menyalurkan bantuan tunai RM500 dalam PRE Fasa 2 sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu

Menurutnya, antara inisiatif diperkenalkan di bawah fasa ke-4 itu termasuklah peruntukan RM1.63 juta bertujuan pengecualian sewaan gerai makan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tempoh November 2020 yang akan memberi manfaat kepada 10,335 peniaga dan penjaja kecil di semua 15 PBT.

"Bagi membantu lebih ramai usahawan mikro yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19 ini, kerajaan negeri juga bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM2.7 juta untuk Geran Prihatin Usahawan Perak (GeRUP).

"Sebelum ini di bawah PRE Fasa 2, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membantu usahawan mikro untuk terus kekal berdaya saing," katanya.

Artikel Berkaitan: