Edar risalah keselamatan sempena perayaan

Risalah keselamatan, limau mandarin dan sebagainya diagihkan kepada pengguna lebuh raya di plaza tol berkenaan.
Risalah keselamatan, limau mandarin dan sebagainya diagihkan kepada pengguna lebuh raya di plaza tol berkenaan.
A
A
A

IPOH - Jemaah Jaksa-Jaksa Pendamai Perak bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Perak menganjurkan kempen Keselamatan Jalan Raya 2019 bersempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Ipoh Selatan (Ampang), petang tadi.

Sempena kempen berkenaan, beberapa barangan seperti risalah keselamatan, limau mandarin dan sebagainya diagihkan kepada pengguna lebuh raya di plaza tol berkenaan oleh petugas terlibat.

Difahamkan, kempen berkenaan telah disempurnakan Orang Besar Jajahan Kinta, Datuk Abdul Wahab Azizul Hassan yang turut sama membantu menyampaikan barangan berkenaan.

Artikel Berkaitan: