X

Kindly register in order to view this article
!

'Henti tuduh Tun M halang usaha PH kembalikan mandat rakyat'

Ulya Aqamah Husamudin
A
A

SHAH ALAM - Tuduhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghalang usaha Pakatan Harapan (PH) mengembalikan mandat rakyat adalah kenyataan yang gelojoh dan tidak berasas.

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ulya Aqamah Husamudin berkata, punca Langkah Sheraton terjadi adalah kerana pengkhianatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jika Dr Mahathir mahu kekal sebagai Perdana Menteri sehingga hari ini, beliau boleh sahaja dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana beliau sebenarnya adalah calon Perdana Menteri Pakatan Nasional (PN).

“Namun, beliau tidak bersetuju dengan pengkhianatan tersebut dan bersedia dibuang daripada parti yang beliau bina sendiri demi pertahankan mandat rakyat dan mengotakan janji kepada komponen PH.

“Kerajaan PH tetap akan jatuh kerana pengkhianatan parti Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan Azmin Ali yang keluar daripada PH walaupun Dr Mahathir tidak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.

Dr Mahathir
Dr Mahathir

Ulya Aqamah turut mengulas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak memasukkan pihak Dr Mahathir dan Pejuang ke dalam senarai sokongan dikemukakan untuk membentuk kerajaan baharu.

Ulya Aqamah berkata, ini menunjukkan PKR tidak mahu bekerjasama dengan mereka bagi mengembalikan mandat rakyat.

“Malah lebih memeranjatkan, PKR sanggup bersekongkol dengan UMNO termasuk beberapa ahli politik kleptokrat yang lain.

“Jadi bagaimana tuduhan dilemparkan kepada pihak Dr Mahathir dan Pejuang sedangkan pihak Anwar Ibrahim sendiri tidak membincangkan soal sokongan,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Ulya Aqamah turut menjelaskan mengenai kenyataan Dr Mahathir terhadap Anwar sebelum ini tidak mempunyai hubung kait dengan Langkah Sheraton.

Menurutnya, ia hanya berdasarkan pengalaman sewaktu menjadi Perdana Menteri keempat sebelum ini.

“Saya menyeru agar pembangkang berhenti berkelahi terutama tentang perkara yang begitu trivial dan kecil. Cari titik tengah persamaan, gembleng usaha dan bekerjasama menolak kerajaan yang dicuri dan bersekongkol dengan kleptokrat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M patut berhenti gagalkan usaha PH kembalikan mandat rakyat


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!