Kes Covid-19 global meningkat 3.6 juta seminggu: WHO

Jumlah kes koronavirus (Covid-19) yang disahkan meningkat dengan catatan 3.6 juta di seluruh dunia minggu lalu.
Jumlah kes koronavirus (Covid-19) yang disahkan meningkat dengan catatan 3.6 juta di seluruh dunia minggu lalu.
A
A
A

MOSCOW - Jumlah kes koronavirus (Covid-19) yang disahkan meningkat dengan catatan 3.6 juta di seluruh dunia minggu lalu, lapor agensi berita Sputnik, memetik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sehingga 8 November, jumlah global melebihi 49.7 juta kes, lapan peratus lebih banyak berbanding minggu sebelumnya.

Angka kematian meningkat lebih 54,000 dalam tempoh yang sama.

Jumlah yang tinggi sepanjang masa melebih 3.3 juta jangkitan dicatatkan dalam seminggu dari 26 Oktober hingga 1 November. - Bernama

Artikel Berkaitan: