Lanjutan PKPD di Taman Mesra Sandakan bermula esok

Ismail Sabri pada sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Wisma Pertahanan Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri pada sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Wisma Pertahanan Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Mesra, Sandakan, Sabah selama 14 hari bermula esok sehingga 24 November.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan PKPD di Taman Mesra, Sandakan dari 28 Oktober lepas hingga hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penguatkuasaan PKPD itu dilaksanakan selepas mendengar nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

'’KKM telah melaksanakan sebanyak 1,124 saringan dan 134 kes kumulatif positif Covid-19 telah direkodkan di kawasan tersebut.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 43 kes telah sembuh sepenuhnya dan masih terdapat 91 kes aktif Covid-19 di kawasan itu,'’ katanya pada sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: