KPM umum berita gembira sempena Hari Guru esok

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (kanan) meluangkan masa beramah mesra bersama barisan penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's pada majlis penyampaian anugerah tersebut di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

MELAKA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan beberapa berita baik buat warga pendidik sempena Hari Guru pada Selasa.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, perkara yang penting itu akan diumumkan untuk memberi semangat kepada guru-guru berkhidmat dengan lebih cemerlang dalam melahirkan pelajar yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain.

Menurutnya, perkara itu akan diumumkan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC) Melaka, bertemakan 'Guru Insani Pemangkin Generasi Madani' yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tak perlu tunggu Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri, Menteri Pendidikan akan umumkan.

"Jadi tunggu esok kita akan umumkan, ada beberapa perkara yang saya fikir penting untuk beri semangat kepada guru-guru kita, dan keseluruhan ekosistem negara kita," katanya.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bergambar kenangan bersama sebahagian daripada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's pada majlis penyampaian anugerah tersebut di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.
 - Foto Bernama

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pada Majlis Anugerah Inspirasi (AGI) McDonald's 2023 di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, anugerah yang dianjurkan McDonald's bagi menyemarakkan sambutan Hari Guru dan acara kemuncaknya akan diraikan bersama Perdana Menteri pada Selasa.

Sambutan Hari Guru 2023 telah bermula sejak Ahad dengan beberapa aktiviti termasuk konvoi guru-guru dengan motosikal berkuasa tinggi sebelum kemuncaknya pada Selasa.