Sumbangan 11 juta pelitup muka diiktiraf MBOR

Soon Hee (dua dari kanan) menunjukkan sijil pengiktirafan yang diterima daripada pihak MBOR.
Soon Hee (dua dari kanan) menunjukkan sijil pengiktirafan yang diterima daripada pihak MBOR.
A
A
A

SHAH ALAM - Keprihatinan seorang usahawan muda yang menyumbangkan sebanyak 11 juta pelitup muka menerusi Yayasan Winner Emperor Sedunia kepada petugas barisan hadapan, pelajar dan rakyat di negara ini sejak Mac lalu diiktiraf Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai sumbangan pelitup muka terbanyak.

Datuk Seri Liow Soon Hee, 32, yang turut dikenali sebagai 'dermawan muda' itu, sebelum ini menaja lebih dua juta pelitup muka kepada petugas barisan hadapan termasuk petugas media ketika wabak Covid-19 mula menular di negara ini.

Beliau kemudian mula mengagihkan keperluan itu kepada pelajar dan setakat ini sebanyak 610 sekolah di negara ini sudah menerima sumbangan pelitup muka daripada pihaknya.

Menurutnya, inisiatif tanggungjawab sosial itu dimulakan serta-merta berikutan merasakan terdapat keperluan mendadak yang perlu digerakkan segera.

"Usaha ini digerakkan bersama sokongan sebuah akhbar berbahasa Cina di dalam satu kempen kesedaran masyarakat yang bertemakan 'Love Yourself By Wearing Masks'.

"Kita tidak boleh berkompromi dengan keselamatan orang awam terutama kanak-kanak. Ini adalah usaha membantu kerajaan menangani pandemik koronavirus (Covid-19) khasnya Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam pengedaran penutup hidung dan mulut kepada pelajar melalui sekolah-sekolah," katanya.

Soon Hee dalam pada itu turut menggesa rakan korporat turut serta membantu kerajaan bagi meringankan beban rakyat di dalam menyediakan keperluan harian menghadapi pandemik Covid-19.

Beliau turut meminta semua rakyat pelbagai bangsa dan agama untuk mematuhi arahan Kementerian Kesihatan.

Artikel Berkaitan: