Kejohanan tembak RMP Open Championship 2023 diiktiraf MBOR

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail beraksi pada Kejohanan Menembak RMP (Royal Malaysia Police) Open Championship 2023 Level III kategori shoot off di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) pada Ahad. - Foto Bernama
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail beraksi pada Kejohanan Menembak RMP (Royal Malaysia Police) Open Championship 2023 Level III kategori shoot off di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kejohanan Tembak Royal Malaysia Police (RMP) Open Championship 2023 Level III menerima pengiktirafan ‘peserta paling ramai dalam kejohanan menembak’ daripada The Malaysia Books of Record (MBOR) dengan penyertaan seramai 787 orang.

Sijil pengiktirafan itu telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani oleh Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christopher Wong semasa Majlis Apresiasi Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 di sini, malam Ahad.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ruji Ubi.

Kejohanan tersebut yang berlangsung selama selama tujuh hari bermula 1 Mei lepas di Kelab Menembak Sasaran Shapadu di sini, turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kejohanan itu juga disertai peserta luar negara termasuk daripada Indonesia, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong, Singapura dan Filipina.

Acryl Sani dalam ucapannya berkata, pengiktirafan itu amat bermakna buat PDRM sekali gus membantu mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang tmenyediakan fasiliti serba lengkap bagi kejohanan menembak bertaraf antarabangsa.

"Besarlah harapan saya agar Malaysia diberi peluang untuk menganjurkan pertandingan Level V iaitu World Shoot yang merupakan tahap tertinggi dalam kejohanan IPSC ini, yang sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan negara,” katanya. - Bernama