UMNO tidak akan setuju cadangan peruntukan sama rata: Anthony Loke

Anthony Loke Siew Fook
Anthony Loke Siew Fook
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO dijangka tidak akan bersetuju dengan cadangan supaya ahli Parlimen pembangkang diberi peruntukan sama seperti ahli Parlimen kerajaan di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berpendapat, UMNO bakal hilang kuasa tawar-menawar dalam politik jika cadangan tersebut dilaksanakan.

“Saya rasa UMNO takkan setuju perkara ni, kerana kalau ada perjanjian macam ni, maknanya pihak pembangkang ada persefahaman dengan PM (Perdana Menteri).

“UMNO mempunyai bargaining power (kuasa tawar menawar) habislah. Mereka (UMNO) lihat strategi mereka sendiri. Bagaimana nak ada reconciliation (pendamaian) kalau perkara macam ni pun tak boleh bekerjasama," katanya dalam satu wawancara melalui Facebook DAP malam tadi.

Setiausaha Organisasi DAP itu mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak dari UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang berkata cadangan tersebut akan 'membunuh' Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan.

Beliau turut menyifatkan Tajuddin mempunyai pandangan politik sempit apabila mengatakan peruntukan sama rata untuk ahli Parlimen pembangkang seumpama 'membunuh' BN.

"Kerajaan hari ni rapuh, jadi kalau kita nak bekerjasama dengan pembangkang, kita kena ada sefahaman. Kita kena jadikan ia sebagai satu dasar.

"Kalau esok kita (Pakatan Harapan) menang balik, kita perlu komited bahawa pembangkang perlu dapat peruntukan yang sama. Bagi saya ia membunuh atau tak, ini pandangan politik yang sempit," katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Tajuddin turut berkata, ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa, gabungan itu juga tidak memberikan peruntukan yang sama kepada pembangkang.

Mengulas lanjut Anthony berkata, di bawah kerajaan PH, ahli Parlimen pembangkang diberi peruntukan RM100,000 dan mereka mempertimbangkan untuk meningkatkan jumlahnya secara berfasa.

"Sebelum 2018, tidak ada MP (ahli Parlimen) pembangkang yang dapat satu sen pun daripada kerajaan. Tapi di bawah PH, kita dah ubah sikit dan beri RM100,000.

"Pada ketika tu, kita baru ambil alih (kerajaan). Kita rasa akan tingkatkan angka itu secara berfasa.

"Hakikatnya sekarang mereka bagi balik RM100,000 juga kepada kita. Tapi saya berpandangan bahawa kita tak payah ada cara 'tic for tac' (balas dendam)," katanya.