Contohi Kelantan, Kedah beri peruntukan sama kepada pembangkang

Kerajaan Kelantan sebelum ini mengumumkan memberikan peruntukan yang sama kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk pihak pembangkang. Gambar kecil: Sivamurugan Pandian
Kerajaan Kelantan sebelum ini mengumumkan memberikan peruntukan yang sama kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk pihak pembangkang. Gambar kecil: Sivamurugan Pandian
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri disaran mengikut inisiatif Kelantan dan Kedah yang memberikan jumlah peruntukan sama kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang.

Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, peruntukan sama rata itu dapat mengurangkan konflik dengan tidak meminggirkan mana-mana kawasan dari aspek pembangunan, bantuan serta kebajikan rakyat.

Ujarnya, jika terdapat perbezaan jumlah peruntukan daripada kerajaan Persekutuan pula, satu kaedah persamaan perlu dicari bagi meningkatkan kolaborasi melangkaui kepentingan politik.

"Kalau diteruskan agenda peruntukan yang berbeza, ia akan jadi bahan politik.

Sampai bila-bila pun akan berlaku pertelagahan antara pihak kerajaan dan pembangkang sekali gus menjejaskan kredibiliti serta reputasi sesama mereka.

"Kalau ada usaha untuk mencari titik tengah, ia perlu diteruskan kerana dapat mengurangkan isu sensitif seperti pembunuhan karakter dan menghentikan kegelisahan penyokong yang taasub kepada pemimpin mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Pada Rabu, Kelantan dan Kedah mengumumkan akan berlaku adil dengan memberikan peruntukan sama rata kepada semua ADUN termasuk pembangkang.

Menteri Besar Datuk Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata, ini kerana musim pilihan raya sudah selesai dan tanggungjawab ADUN kini adalah kepada rakyat.

Tambah Sivamurugan, kerajaan dan pembangkang perlu mengenepikan segala perbezaan dan mula mencari titik tengah yang seimbang supaya hubungan kerajaan Persekutuan dan negeri lain saling melengkapi.

Artikel Berkaitan: