Covid-19: Johor Bahru kini zon merah

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Johor Bahru diklasifikasikan sebagai kawasan zon merah bermula semalam berikutan kes koronavirus (covid-19) yang tinggi.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, maklumat menunjukkan kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan penularan dalam keluarga dan tempat kerja.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengarahkan mereka yang terlibat menjalani kuarantin di rumah.

"Selain pengurusan penyakit Covid-19 dan kontak, JKNJ menjalankan survelan dalam kalangan tahanan baharu di penjara. Seramai 62 tahanan baharu di Pusat Koreksional Johor Bahru serta 11 kakitangannya menjalani ujian persampelan.

"Ini bagi memastikan tiada penularan Covid-19 di penjara berpunca daripada kemasukan baharu. Dua anggota Kesihatan Pusat Koreksional juga telah dilatih untuk menjalankan persampelan ke atas banduan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, seramai 1,781 menggunakan skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan 9,929 menggunakan skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) di sempadan Malaysia-Johor dibuka 17 Ogos lalu sehingga semalam.

Beliau memberitahu, daripada jumlah berkenaan hanya satu kes positif Covid-19 yang dikesan di bawah skim PCA.

Selain itu, Vidyananthan berkata, keadaan semasa di Johor masih terkawal namun dijangkakan bahawa peningkatan kes dalam masa terdekat ini akan terus berlaku dengan aktiviti survelans yang dipertingkatkan.

Artikel Berkaitan:

"Kita berharap orang ramai tidak panik dan menyebarkan maklumat yang kurang tepat dan terus memberi sokongan kepada jabatan berkaitan melakukan tugas mereka," katanya.