Johor Bahru kekal rekod kes denggi tertinggi di Johor

Sepanjang minggu epid ke-43 atau minggu ini, sebanyak 208 kes demam denggi dilaporkan.
Sepanjang minggu epid ke-43 atau minggu ini, sebanyak 208 kes demam denggi dilaporkan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kes denggi di Johor mencatatkan peningkatan sebanyak 10 peratus iaitu 10,159 kes dari awal Januari hingga kini berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 9,194 kes.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, sepanjang minggu epid ke-43 atau minggu ini, sebanyak 208 kes demam denggi dilaporkan.

Beliau berkata, Johor Bahru kekal sebagai daerah yang mencatat rekod kes tertinggi dengan 174 kes iaitu 83.7 peratus daripada keseluruhan kes, diikuti Kulai (12 kes), Batu Pahat (tujuh kes), Segamat (empat kes), Tangkak (empat kes), Kota Tinggi (tiga kes), Kluang (dua kes) dan Pontian (dua kes).

"Pada minggu epid 43 juga, sebanyak 23 lokaliti wabak denggi baharu telah dilaporkan dan semua lokaliti tersebut dilaporkan berlaku di sekitar Johor Bahru dengan 20 lokasi, Kulai (dua) dan Tangkak (satu)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, orang ramai diminta untuk sentiasa membuat pemeriksaan di sekitar kediaman mereka bagi memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk berlaku.

"Masyarakat juga diminta untuk menggunakan semburan aerosol untuk membunuh nyamuk selain memakai pakaian bersesuaian," katanya.

Artikel Berkaitan: