X

Kindly register in order to view this article
!

SKKM, polis siasat tuduhan manipulasi data Covid-19

SAIFUDDIN
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis sedang menyiasat tuduhan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memanipulasi data harian pesakit koronavirus (Covid-19).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataannya berkata, tuduhan tersebut merupakan perbuatan jahat yang sengaja menimbulkan kekeliruan serta mencetuskan ketidakyakinan terhadap usaha kerajaan menangani pandemik itu.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab itu," katanya.

Menurutnya, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memandang serius perkara itu.

Katanya, sejak awal usaha menangani pandemik Covid-1, kerajaan sentiasa memastikan data KKM sentiasa sahih.

"Saya memberi jaminan bahawa data daripada pihak KKM yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama sahih.

"Saya juga menasihati rakyat supaya sentiasa menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita daripada sumber rasmi atau boleh dipercayai dan berhati-hati sebelum menyebarkannya," katanya.

Semalam, Dr Noor Hisham menolak dakwaan ahli politik bahawa beliau dan KKM memanipulasi data tersebut bagi 'menghalalkan' pengisytiharan darurat.

Tegasnya, data tersebut diperoleh oleh pasukannya selepas setiap negeri mengemaskini setiap hari sehingga jam 12 tengah hari.

Isu tersebut menjadi tular selepas seorang ahli politik menerusi laman Facebooknya membuat dakwaan berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!