Kos naik taraf litar lumba RM16 juta

Dr Dzulkefly (tengah) turut menyumbangkan sejumlah dana bagi penganjuran Kejohanan King Of 2T itu dan bergambar bersama pemenang kejohanan itu.
Dr Dzulkefly (tengah) turut menyumbangkan sejumlah dana bagi penganjuran Kejohanan King Of 2T itu dan bergambar bersama pemenang kejohanan itu.
A
A
A

KUALA SELANGOR – Pengurusan Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor dalam rangka akhir menyiapkan kertas kerja bagi permohonan menaiktarafkan dua trek lumba dengan kos dianggarkan RM16 juta.

Ketuanya, Asmawi Askor menjelaskan, permohonan yang dipanjangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan itu penting bagi memastikan prasarana trek lumba ini lengkap untuk siri kejohanan profesional sepanjang tahun.

Menurutnya, Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor terbukti berjaya melahirkan ramai pelapis pelumba motosikal negara sehingga ke peringkat kebangsaan dan kejohanan Asia.

“Mungkin ramai tak tahu, sebenarnya litar ini menjadi tumpuan pasukan pelumba motosikal profesional terkemuka negara untuk mencari bakat baru dalam siri kejohanan King Of 2T.

“Kejohanan lumba motosikal ini sudah masuk ke pusingan ke-4 bagi penganjuran tahun ke-5 kali ini. Sayangnya orang tak nampak usaha kami untuk bangunkan sukan permotoran ini,” katanya.

Katanya pada Majlis Penutup Kejohanan King Of 2T yang disempurnakan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad di Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor.

Asmawi berkata, dia yang tidak berputus asa demi minat dalam sukan permotoran mahu visinya untuk menjadikan litar lumba ini setanding litar lumba kebangsaan.

“Sebab itu kami buat kertas kerja untuk kos pembangunan prasarana litar lumba rakyat ini dengan nilai RM8 juta manakala RM8 juta lagi untuk projek pilot Laluan Pecut Rakyat Permatang.

Artikel Berkaitan:

“Dengan kos dianggarkan RM16 juta ini, pembangunan lengkap dengan pentas utama, pembahagi jalan lengkap aspek keselamatan, pengadang bunyi dan keperluan lain dapat disediakan,” katanya.

Difahamkan, isu pembangunan litar lumba rakyat dan laluan pecut terbabit turut dibahaskan dalam Sidang Dun Selangor, baru-baru ini.