Kelantan kembali catat kes baharu Covid-19

Kelantan kembali mencatatkan kes baharu Covid-19 hari ini dengan satu kes baharu selepas dua hari merekodkan angka sifar. Foto 123RF
Kelantan kembali mencatatkan kes baharu Covid-19 hari ini dengan satu kes baharu selepas dua hari merekodkan angka sifar. Foto 123RF
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan kembali mencatatkan kes baharu koronavirus (Covid-19) hari ini dengan satu kes baharu selepas dua hari merekodkan angka sifar.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, kes terkini iaitu ke-179 (Mukim Labok, Machang) merupakan kontak rapat kes sah ke-174.

“Dengan catatan terbaharu ini menjadikan keseluruhan lapan kes dalam rawatan dengan satu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) iaitu kes ke 176,” katanya di sini hari ini.

Dr Izani juga memaklumkan bahawa di Kelantan terdapat dua kes saringan 'offshore' (sign on kapal); satu kes kontak rapat kes sah dari Petaling, Selangor; satu kes kontak rapat kes sah Kluster Simera, Selangor dan dua kes kontak rapat kes sah (Mukim Pangkal Meleret, Machang).

Selain itu, katanya, satu kes kontak rapat kes sah Mukim Kusial, Tanah Merah dan satu kes kontak rapat kes sah Mukim Labok, Machang.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan bersama-samalah masyarakat bekerjasama putuskan rantaian penularan Covid-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Elak berada di kawasan sesak, sempit dan bersembang dengan jarak dekat di samping sentiasa membersihkan tangan menggunakan sabun dan air serta memakai pelitup muka,” katanya.

Artikel Berkaitan: