X

Kindly register in order to view this article
!

Institusi pendidikan di Sabah ditutup hingga 9 November

Kesemua institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM termasuk tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional dan (IPG di Sabah akan terus ditutup sehingga 9 November ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Kesemua institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di Sabah akan terus ditutup sehingga 9 November ini.

KPM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu susulan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah dari 27 Oktober hingga 9 November.

Menurut kenyataan itu, pentadbir sekolah serta institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah, manakala manual pengajaran dan pembelajaran boleh dimuat turun di portal rasmi KPM, www.moe.gov.my.

PKPB di Sabah yang bermula 13 Oktober sepatutnya tamat esok. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!