Hak bersuara yang menyinggung perasaan umat Islam

Perbuatan Paty yang menggunakan kartun Nabi Muhammad di dalam kelasnya atas alasan hak kebebasan bersuara dilihat sengaja membakar kemarahan umat Islam.
Perbuatan Paty yang menggunakan kartun Nabi Muhammad di dalam kelasnya atas alasan hak kebebasan bersuara dilihat sengaja membakar kemarahan umat Islam.
A
A
A

PEMBUNUHAN ngeri seorang guru sejarah, Samuel Paty di pinggir kota Paris, Perancis oleh seorang lelaki berketurunan Chechen pada minggu lalu selepas mangsa menjadikan kartun-kartun Nabi Muhammad SAW sebagai bahan pengajaran di kelasnya di sebuah sekolah di luar Paris kini menjadi isu terbesar di negara Eopah tersebut.

Kejadian malang itu kini menyebabkan perdebatan panas mengenai Islamofobia, pertubuhan-pertubuhan radikal Islam dan pemisahan ketat sekular dalam Perlembagaan yang wujud sejak tahun 1905 di Perancis. Ia berkaitan pemisahan ketat antara agama dengan negara yang dikenali sebagai sekular versi Perancis.

Kesemua itu dibincangkan oleh cendeakawan dan rakyat negara berkenaan selepas Paty, 47, pada 6 Oktober lalu dikatakan menunjukkan kartun-kartun tersebut kepada para pelajarnya di sebuah sekolah di pinggir Conflans-Sainte-Honorine, sebuah kawasan di luar Paris.

Konsep pemisahan itu juga dikaitkan dengan tindakan Perancis melarang pemakaian hijab atau niqab dalam kalangan wanita kerana ia dianggap sebagai simbol agama.

Namun, pada tahun 2018, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, larangan pemakaian niqab itu adalah tidak adil dan menjejaskan kebebasan beribadat.

Sebelum ini kartun itu telah diterbitkan oleh majalah satira, Charlie Hebdo pada Januari 2015.

Akibatnya Paty dibunuh. Kepala guru itu dipenggal oleh remaja berusia 18 tahun, Abdullakh Anzorov yang menunggu Paty selama lebih dua jam ketika beliau dalam perjalanan pulang dari sekolahnya sebelum membunuhnya pada 16 Oktober lalu.

Namun, Anzorov kemudian mati ditembak oleh polis. Polis menemui gambar guru itu dan mesej mengenai pengakuan pembunuhan tersebut dalam telefon bimbitnya.

Artikel Berkaitan:

Samuel Paty
Samuel Paty

Pembunuhan itu mendapat tindak balas segera daripada kerajaan Perancis apabila puluhan ribu penduduk berhimpun di Paris pada 18 Oktober lalu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron memberikan anugerah tertinggi, Legion of Honour kepada Paty dan menyatakan beliau yang mewakili sekular serta nilai-nilai demokratik negara berkenaan telah dibunuh oleh seorang ‘pengecut’.

Seramai tujuh orang yang didapati bersubahat dalam pembunuhan itu ditangkap termasuk dua pelajar berusia 14 dan 15 tahun kerana menunjukkan guru berkenaan kepada Anzorov bagi mendapatkkan wang sebelum beliau dibunuh.

Sebuah masjid ditutup di Pantin, utara Paris selama enam bulan kerana menyiarkan satu video yang mengutuk perbuatan Paty yang dianggap cara pengajarannya akan menyebarkan mesej ‘kebencian’ di laman Facebook rumah ibadat tersebut sebelum kejadian pembunuhan itu.

Pada Selasa lalu, Presiden Perancis turut menyatakan sebuah pertubuhan Islam, Kolektif Sheikh Yassin, yang mengambil nama pengasas kumpulan Hamas di Palestin akan diharamkan kerana terlibat dengan pembunuhan tersebut.

Sensitiviti IslamGerakan untuk golongan kumpulan radikal Islam kemudian ditingkatkan selepas pembunuhan itu apabila Macron turut berjanji bahawa kerajaan akan meningkatkan usaha bagi memerangi kumpulan itu.

Kira-kira 40 buah rumah turut diserbu susulan kejadian pembunuhan itu manakala pembunuhnya pula dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang anggota jihad yang bercakap dalam bahasa Rusia di Syria.

Bagaimanapun, cara pengajaran guru tersebut yang menunjukkan kartun-kartun Nabi Muhammad SAW di dalam kelasnya tidak dikutuk tetapi dibenarkan pula atas kebebasan bersuara tanpa menghiraukan sensitiviti kepada umat Islam di negara tersebut.

Pembunuhan Paty (gambar kecil) kini memuncakkan semula isu Islamofobia di Perancis. - AFP
Pembunuhan Paty (gambar kecil) kini memuncakkan semula isu Islamofobia di Perancis. - AFP

Menurut laporan, pelajar-pelajar Islam dinasihatkan supaya keluar dari kelasnya jika mereka berasa aib dengan kartun-kartun tersebut.

Sudah semestinya ia akan memberi kesan mengaibkan kepada umat Islam kerana ajaran Islam melarang wajah Nabi Muhammad SAW digambarkan tetapi guru berkenaan seolah-olah tidak menghormati agama Islam kerana sanggup menjadikan kartun berkenaan sebagai bahan pengajarannya.

Satu tinjauan pendapat oleh Institut Ifop pada Khamis lalu menunjukkan hampir 80 peratus responden menyatakan adalah tidak wajar guru-guru menggunakan kartun sebagai bahan gurauan di bilik darjah.

Kejadian itu juga berlaku selepas majalah Charlie Hebdo menerbitkan semula kartun itu pada September lalu setelah pertama kali disiarkan pada Januari 2015 sehingga mengakibatkan 12 orang terbunuh dalam pejabat majalah tersebut.

Ia diterbitkan semula sebelum 14 orang dibicarakan di mahkamah kerana bersubahat dalam pembunuhan 12 orang dilakukan oleh dua adik-beradik iaitu Said dan Cherif dengan Cherif pernah dipenjarakan kerana terlibat dalam kumpulan pengganas Buttes-Chaumont yang menghantar pejuang berjuang di Iraq.

Kedua-dua adik-beradik itu kemudian mati tembak oleh pihak berkuasa negara itu.

Said pula disyaki mempunyai kaitan dengan pertubuhan al-Qaeda di Yemen.

Sebelum ini pun, ratusan penduduk Muslim Perancis yang mempunyai ideologi yang sama dengan pertubuhan Negara Islam (IS) telah pergi berjuang di Syria dan Iraq.

Ironinya, kerajaan Perancis meningkatkan usaha bagi mengambil tindakan bagi memerangi kumpulan radikal Islam tetapi tidak mengambil langkah dan membiarkan agama itu dihina dengan penyiaran kartun Nabi Muhammad SAW atas nama kebebasan bersuara walaupun mengetahui ia merupakan perkara sensitif dalam kalangan kalangan umat Islam.