Janda diperkosa dua lelaki, diikat pada pokok dan rambut dipotong

Mangsa sering diganggu salah seorang penyerangnya sebelum diperkosa. - Foto Agensi
Mangsa sering diganggu salah seorang penyerangnya sebelum diperkosa. - Foto Agensi
A
A
A

DHAKA - Seorang janda berusia 40 tahun diperkosa bergilir-gilir oleh dua lelaki dalam kejadian di sebuah daerah kecil di tengah Bangladesh.

Menurut polis, mangsa turut diikat pada sebatang pokok dan rambutnya dipotong oleh penyerang.

Menurut aduan kepada pihak berkuasa, wanita itu pernah membeli sebidang tanah berserta rumah dua tingkat dengan harga 2 juta taka (RM66,452) daripada salah seorang pelaku, lebih dua tahun lalu.

Sejak itu, dia sering diganggu lelaki tersebut.

Pada akhir minggu lalu, pelaku bersama rakannya meminta 50,000 taka (RM1,661) daripadanya sebelum merogol mangsa dan turut merakamkan perbuatan tidak senonoh itu yang kemudiannya disebarkan di media sosial.

Penduduk setempat yang menjumpainya dalam keadaan tidak sedarkan diri bertindak menghantar wanita itu ke Jhenaidah Sadar Hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pada mulanya, mangsa enggan menceritakan apa yang berlaku kepadanya, namun bersetuju untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas pemeriksaan perubatan menunjukkan dia telah didera secara fizikal. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang janda berusia 40 tahun di Bangladesh diperkosa bergilir-gilir oleh dua lelaki
  • Penyerang mengikatnya pada sebatang pokok, memotong rambutnya, dan menyebarkan rakaman perbuatan itu di media sosial
  • Mangsa pernah membeli tanah dan rumah dari salah seorang pelaku
  • Pelaku terus mengganggu mangsa selama lebih dari dua tahun sebelum kejadian
  • Mangsa ditemui tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital oleh penduduk setempat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!