X

Kindly register in order to view this article
!

Tesco Extra Mutiara Damansara ditutup sementara

Tesco Extra Mutiara Damansara ditutup sementara mulai hari ini selepas tujuh lagi pekerjanya yang sedang menjalani kuarantin di rumah disahkan positif Covid-19 semalam.
A
A

SHAH ALAM - Tesco Extra Mutiara Damansara ditutup sementara mulai hari ini selepas tujuh lagi pekerjanya yang sedang menjalani kuarantin di rumah disahkan positif koronavirus (Covid-19) semalam.

Tesco Malaysia dalam kenyataannya memaklumkan, tujuh pekerja terbabit merupakan antara 53 rakan sekerja yang berkemungkinan kontak rapat kepada kes Covid-19 pertama direkodkan di pasar raya berkenaan pada 14 Oktober lalu.

Menurutnya, sejak daripada tarikh itu, kesemua mereka telah melakukan kuarantin kendiri di rumah sebelum menjalani ujian Covid-19.

“Setakat ini, KKM mengesahkan tujuh daripada 53 rakan sekerja itu positif Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Dua daripada mereka berdepan dengan pelanggan, empat lagi tidak melibatkan berdepan dengan pelanggan dan seorang lagi di pusat membeli belah,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu Tesco Malaysia secara sukarela mengambil inisiatif menutup sementara premis berkenaan bagi membolehkan aktiviti ujian saringan Covid-19 dijalankan ke atas kesemua rakan sekerja dan penyewa pasar raya.

Katanya, kira-kira 500 rakan sekerja dan penyewa akan menjalani ujian swab Covid-19 dan hanya akan dibenarkan kembali bekerja sekiranya diuji negatif.

“Proses pembasmian kuman dan pembersihan mendalam di stor, pusat membeli belah dan kawasan umum juga telah dilakukan sejak 14 Oktober lalu.

"Tindakan sama akan dibuat semula pada malam 25 Oktober (esok).

"Pembukaan semula Tesco Extra Mutiara Damansara akan diumumkan selepas semua keputusan ujian rakan sekerja dan penyewa diperoleh serta proses pembasmian serta pembersihan selesai,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!