Dua beradik didakwa curi jubah, tudung

Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas dakwaan mencuri.
Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas dakwaan mencuri.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas dakwaan mencuri pelbagai barangan termasuk jubah dan tudung bernilai hampir RM1,000 di sebuah pasaraya, di sini.

Tertuduh, Nor Aziefah Zulkifli , 23, dan Nurul Amira Zulkifli, 21, dari Besut, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan itu.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa mencuri 12 helai tudung, empat helai jubah, dua unit beg duit, lapan unit cermin mata dan empat unit kerongsang yang kesemua bernilai RM833.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pasaraya di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam, pada 27 Januari lalu dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Sejurus pengakuan tidak bersalah kedua-duanya direkodkan, mahkamah menetapkan 13 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Selain itu, mahkamah turut membenarkan mereka dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dengan setiap penjamin.

Sinar Harian sebelum ini ada melaporkan dua beradik sanggup meredah perjalanan lebih dua jam semata-mata hendak mencuri di sebuah pasaraya di sini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun hasrat dua wanita itu tidak kesampaian apabila dicekup pengawal keselamatan di pasaraya sebelum diserahkan kepada polis, kira-kira jam 12.30 tengah malam.



Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!